Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Cherang Ruku adalah sebuah Daerah dalam jajahan Pasir Puteh yang terkenal dengan pantai yang indah dan pelabuhan perikanan laut di Tok Bali. Kawasan ini bersempadan dengan daerah Besut di utara Terengganu.

Cherang Ruku merupakan pekan utama dalam kawasan Semerak menjadi laluan antara Pasir Puteh dan Bachok ke Kuala Besut dan kawasan-kawasan pantai di utara Terengganu.

Nama Semerak di ambil daripada nama Tengku Idris Ibni Sultan Ahmad, yang bergelar Tengku Petra Semerak. Tengku Petra Semerak ialah datuk kepada Raja Perempuan Zainab II Binti Tengku Sri Utama Raja Muhammad Petra yang merupakan permaisuri kepada Raja Kelantan pada suatu ketika dahulu.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017


HARI PERASMIAN PI1M CHERANG RUKU

Aktiviti Terkini | 07 Oktober 2017

Program ini dirasmikan oleh YB Senator Dato Dr Asyraf Wajdi Bin Dato Dusuki merangkap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang melibatkan 500 komuniti Cherang Ruku....baca selanjutnya

'3D PRINTER TRAINING'

Aktiviti Terkini | 29 - 30 September 2017

Kursus ini bertujuan untuk mempelajari cara-cara penggunaan perisian Sketchup dan menghasilkan produk 3D dengan menggunakan printer 3D...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA MERDEKA PRA SEKOLAH SK KG SEPULAU

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2017

Pertandingan ini melibatkan 42 peserta dan 5 orang guru yang terdiri daripada SK Kg Sepulau. Peserta diagihkan dengan peralatan mewarna yang disediakan oleh pihak sekolah dan diberi sedikit cenderamata untuk semua peserta, manakala hadiah lumayan berupa hamper untuk peserta yang terbaik iaitu 1,2 dan 3....baca selanjutnya

PROGRAM KECERGASAN MINDA DAN KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2017

Dengan adakan aktiviti Kecergasan Minda dan Klik dengan Bijak, Peserta dapat menimba ilmu dan dapat mengetahui kebaikan dan keburukan. Disamping, penggunaan keselamatan internet dengan bijak...baca selanjutnya

PROGRAM TEKA SILANG KATA DAN KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2017

Aktiviti ini dapat melahirkan masyarakat yang memahami terhadap penerangan yang disampaikan tentang penggunaan internet, memberi penguasaan minda masyarakat terhadap soalan yang disediakan berkaintan dengan kuiz KDB dan melahirkan masyarakat moden yang berkreativiti dalam menyelesaikan daya masalah berkaitan dengan internet....baca selanjutnya

PROGRAM EKSPRESI NEGARAKU

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2017

Aktiviti-aktiviti interaktif disediakan dengan matlamat untuk memupuk semangat patriotisme, kebanggaan, kecintaan & memberi inspirasi kepada rakyat. Ekspresi negaraku menyediakan platform untuk mengenengahkan kisah-kisah kejayaan & sumbangan individu, komuniti & organisasi yang telah mencipta nama untuk malaysia....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

MENYATU MENGHUBUNG PASIR PUTEH ANJURAN MCMC DI SK GONG MANAK

Aktiviti Terkini | 21 - 22 April 2017

Program ini memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia Cherang Ruku kepada penduduk sekitar dan memberi penerangan kelebihan yang ada di PI1M Cherang Ruku...baca selanjutnya

MAJLIS SOLAT HAJAT SEMPENA PEMBUKAAN PI1M

Aktiviti Terkini | 04 Mac 2017

Tujuan Majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia Cherang Ruku kepada penduduk kampung dan mengeratkan silaturahim staff PI1M dengan penduduk kampung sekali gus untuk menarik minat kalangan masyarakat untuk berkunjung ke PI1M Cherang Ruku....baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2017

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M ini ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia ini seperti kelas komputer dan sebagainya.

Latihan Usahawan PERCUMA

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti